|
|
| Monday, 3-Mar-2008 22:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari minggu
|
|
Hari minggu adalah hari keluarga. So, hari Sabtu baru ni kami ke Denver mencari kedai Asia dan terjumpa kedai Hong Phat kat Federal Blvd. Rasanya itu kedai Vietnam kot. Bolehlah barang dia, serai dgn lengkuas pun ada. He..he.he.. katak pun ada tawww.. Udang galah pun ada jual, $5.50 dalam 6-7 ekor tah tapi tak beli pun. So, takde lah beli ikan ke apa sebab entahlah. Pasal katak kot. Beli Tomyam paste, sos tiram dan cili padi kaler merah tu dgn kailan je. Nanti leh masak kailan ikan masin.
Hari tu Aqif buat hal. Dia kalau merajuk memang suka sembunyi. selalu dia sembunyi dalam almari tapi malam tu tah mana dia sembunyi. Kami pun dah panik, cari satu buah rumah. Sib baik rumah kecik. Bawah katil, dalam peti ais, dalam kabinet, dah panik dah.. kena sembunyi dengan hantu ke...he..he..he.. rupa-rupanya, dia landing baekkk kat atas kusi bawah meja. Kusi tu pulak cantik je tersusun. Dia boleh dok diam waktu kami tengah kecoh mencari. Hishhh, anak sapa nih?
| Quote: | | Ezza: taters tu mula2 nak baked mcm biasa pastuh biasalah tertukar jadi lain. Basuh bersih2 kulit sebab kita nak makan kulit sekali. Then potong wedges, saya belah 4. Buat belahan jgn putus pada wedges nak bagi cepat masak. Rub butter all over the taters and susun elok2 kat baking tray. Pakai butter sejuk so tak de la banyak sangat. Then sprinkle over it salt& pepper. Some dash of paprika and garlic powder. Kalau suka taburkanlah garlic seulas2 dan bawang. Kuah dia tu sebenarnya kuah ayam tu. Saya bakar ayam tak letak dalam tray yang ada tapis tu, bakar kentang ni tray bertapis. Terbalik pulak eh? So ayam tu punya juice dan segala sos peram dia dok bergenang pulak kat dalam tray tu. Sebab buat ni sekali so saya cedoklah kuah ayam tu boh kat atas kentang tu. So, ayam tu kering sikit dan kentang tu ada la basah sikit. Bila nak makan, kuah yang bertakung kat bawah tray tu saya curahkan balik kat atas kentang tu. |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 22-Feb-2008 07:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masak-masak
|
 |
|
Whole wheat pizza before
|
|
 |
|
Whole wheat pizza after
|
|
 |
|
Baked salmon
|
|
|
| Quote: | Kak Yong, itu main campak-campak je tu. Hari ni rasa lain buat kendian rasa lain pulak..hentam je.. tapi basically macam ni:
salmon - potong saiz agak2 untuk 2 orang makan atau lebih. Letak dalam satu bekas untuk marinate kejap, letak salmon, grated or finely chopped garlic, ginger, onions. Pakai chopper pun OK. Sukatan dia ikut suka hati, Tikah suka garlic so bubuh banyak sikit. Halia sikit je. Dressing dia ikut sos apa yang ada, tuangkan saja ikut suka hati, agak2 la, macam tikah sos ni yang available pun:
lousiana hot sauce - ni rasa dia ala2 tabaco sos ada vinegar
sriracha hot sauce - ni asian sos pun ada cuka jugak
kicap - kat sini kicap dia masin dan cair
sos tiram sikit
Gaul-gaul sikit, letak dalam aluminium foil, taburkan lah cili dan bawang, cili hijau tu cili mexico..jalapeno, sprinkle sikit lada hitam, kalau ada garlic powder atau paprika pun boleh sprinkle jugak, lepas tu lipat foil tu elok2 masuk dalam oven dan bakar. Tikah pakai oven kecik yang boleh bakar roti tu. suhu 300F, masa pun agak2 jugak dalam 20 minit pastuh tengok sikit ok tak then kalau rasa mcm tak best je, masak lagi.. Ini macam steam la sebab kita tutup dengan foil, Kalau direct dia kering pastuh tak de kuah. Macam ni tak payah masak kuah dah. Dah masak keluarkan, bukak foil yang kita lipat ala2 kuih karipap tu dan serve terus dengan nasi. Boleh jugak nak letak carrot dan broccoli kat dalam tuh. Tak payah masak sayur, all in one. Hari tu saja malas nak potong |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Feb-2008 05:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekitar Fort Collins
|
|
|
All the photos was taken about 11 days ago. Today is Feb 21, 2008. The weather was great and lots of people just got out and explore the town. We were still new so that was the farthest drive ever since we step foot here. It is still winter so everything was rather blunt and gloomy, but still a different view from Malaysia.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Feb-2008 08:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Roti Canai -First Timer
|
|
|
Projek nak buat roti canai ni dah lama cuma tak de masa. Lebih kurang pukul 8mlm tadi En Muzaffar tengah rajin dan bersemangat nak buat doh so biarkanlah. Resepi yang dirujuk pada mulanya tak jadi, resepi tu dapat masa QA4, doh keras so my hubby cakap macam mana nak canai keras ni. Saya pun buat quick reference dan came across this blog http://ariffsa.blogspot.com/2007/11/roti-canai.html. Disebabkan adunan awal dah sebati so kami terpaksa modified ler doh awal tu dengan tambah tepung, tambah telur then tambah air suam , main agk-agak jer sambil berdoa supaya roti tu menjadi. Lepas 2 jam, Aqil yang tahu Baba dia tadi dok uli roti canai mula mengadu lapar nak makan roti canai, so Baba, being a GREAT dad, mulalah aktiviti menebar and walla, menjadi you! Lagi sedap dari roti canai kat Muhibbah Ampang, atau kat Alif Raya di Alam Damai. Aqil je makan sampai 2 keping. Malam ni masak 4 keping je, simpan untuk bfast sok pagi. Sian mungil tido, tak dapat rasa roti pertama Baba dan Mama. So, not bad huh?
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Feb-2008 19:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masak-masak
|
|
|
Ni ada bebarapa gambar masak-masak masa kat sini. Ada yang dirakam ada yang tidak. Kalau dah lapar sangat tu tak kuasa nak ambik camera snap. Sebulan kat sini kami banyak makan nasi, yelah orang Melayu kampung katakan. Aqil je yang tak makan nasi. Mintak roti jer. Kadang2 kesian kat dia bila lalu depan McD atau tengok iklan pizza, KFC kat TV, dia pun teringin nak makan. Hmmm, jangan kata anak, mak bapak pun teringat-ingat KFC semua tu...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Jan-2008 08:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jakun tengok salji
|
|
Ni dah lama ambik baru nak update, malam sebelum tu punyalah sejuk sampai termenung lah aku teringat hidup di Msia yang tak sejuk macam ni. Bangun sok pagi tu rupanya salji.. So, dek kerana 30 tahun dok kat Msia mana pernah nampak salji macam ni, so apalagi, mulalah aktiviti jakun dengan salji. Masa main salji tu, kami je yang dok terpacak kat luar tu. Aqil paling terer sebab boleh relax jer main, haku ni dah rasa nak pitam dah sebab sejuk sangat. Cantik tak mangkok plastik kaler hijau striking tuh? Kampong tulen kan.. ha..ha.ha..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Jan-2008 08:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminggu di Fort Collins
|
|
Hari ini genap seminggu disini. Kami pun dah jumpa halal meat dekat nearby store lebih kurang 15minutes walk from our apartment. Suhu sekarang -3 celcius tetapi rasa macam -6. Kalau malam lagi sejuk. One thing yang best about Colorado ni is even though it's winter, the sun shines a lot here and the snow is not melting. So, you've got both snow and sun.
Walaupun baru seminggu, kami berpuas hati dengan kelengkapan rumah. Most of the stuff was bought from Craiglist. So far, we bought table lamp-$10, 32" sony Trinitron TV and bench- $150 and my computer table c/w shelf/ cabinet file - $40. Penjual telah baik hati untuk hantar barang ke rumah. Ni nak beli stroller lak sebab kami selalu pegi store jalan kaki, kesian aqif letih nak menapak dalam cuaca sejuk gedi nih..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Jan-2008 08:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy 5th Birthday Aqil
|
|
Hari Sabtu, 12 January 2008, adalah besday Aqil yang kelima. Kek tu beli kat Walmart. Punyalah manis. Budak-budak ni pun tak nak makan. Hai, teringat kek Secret Recipe. Nasib baik masa kenduri baca Yaasin hari tu, Mak Long dia (my sis Suria) belikan Aqil kek Chocolate Indulgence so kira dah puas la makan kek Secret Recipe sebelum datang sini. Tak pe, nanti mesti jumpa kedai kek yang sedap.
Hari ini tak kemana so saya masak nasi, sambal bilis dan goreng ikan talapia fillet. Orang tak reti masak macam ni la.Ikan ni beli kat Walmart. Dah dekat seminggu tak makan nasi dan semalam pi beli rice cooker kat Walmart so hari ni boleh la masak nasi. Kesian kami, makan ni jer tapi pergh, lega rasa dapat makan nasi. Cuma teringin nak makan daging atau ayam. Itu belum cari lagi kat mana nak dapat yang halal.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Jan-2008 07:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
South Aggie Village, Ft Collins, Colorado
|
|
|
Inilah rumah sewa kami. Kecil tapi selesa dan OK lah untuk sewa $609/month inclusive utilities. Tapi, bukan senang nak dapat rumah universiti. Saya dah mintak 7 bulan in advanced termasuk bayaran deposit $140 untuk secure an apartment for us. Ini belum ubah layout lagi.. yelah baru 5 hari kan?
|
|
|
|
|
|
| Monday, 7-Jan-2008 04:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Going to the States!
|
|
Pagi ni ni seawal 4pagi kami sekeluarga dah bangun untuk bertolak ke L.A. Our flight departs at 10a.m. and so we have to rise early. Sepanjang perjalanan nasib baik dapat upgrade ke business so at least tak ler sakit pinggang tapi budak2 ni especially Aqif, suka meragam. So, I cannot really enjoy the luxury at business class
|
|
|
|